Keselamatan
Keselamatan amat penting dan
perlu dititikberatkan oleh semua pekerja bagi mengelakkan berlakunya sesuatu
kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Justeru, setiap pekerja haruslah
mematuhi serta mengamalkan aspek keselamatan dalam melakukan sesuatu
perkerjaan.
KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK
- Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan
yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar.
- Gunakan mentol yang sepadan dengan watt
lampu
- Gunakan pelindung untuk melindungi mentol
daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.
KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH
- Alatan elektrik yang dipasang di luar
rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
- Jangan gunakan penyambung pendawaian
untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip".
- Jangan gunakan perkakasan elektrik di
luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan
tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
- Jangan gunakan penyambung pendawaian
untuk lampu luar.
KABEL ELEKTRIK
- Jangan menyentuh kabel kuasa - anda
mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
- Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh
dari kabel kuasa.
- Laporkan kerosakan kabel kuasa dan
tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang
menghampirinya.
TANDA AMARAN
Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum
terjadinya renjatan dan kebakaran. Perhatikan perkara-perkara berikut :-
- Masalah berulang seperti flus terputus
atau bekalan terputus.
- Terdapat kejutan karan apabila anda
menyentuh perkakasan elektrik.
- Berbau getah terbakar yang datang dari
perkakasan elektrik.
- Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu
sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak berkuasa Tenaga Nasional
Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.
STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK
- Setiap tahun renjatan elektrik dan
kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mengalami
kecederaan. Beberapa asas keselamatan eiektrik dapat mengurangkan risiko
kepada anda.
KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
- Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan
pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke
kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut
berlaku dan atasi masalah tersebut.
- Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai
ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar
fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar.
- Seterika dan lain-lain peralatan pemanas
menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu
di soket atau litar yang sama.
PEMUTUS LITAR (ELCB)
- Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh
mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan
elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB
tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan
hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.
SOKET ELEKTRIK
- Soket elektrik tiga cabang adalah
diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
- Pastikan plug anda sesuai dengan soket
elektrik.
- Sekiranya terdapat anak kecil di rumah
anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket
yang digunakan.
PERKAKASAN ELEKTRIK
- Perkakasan yang dibeli hendaklah
mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa
ujian oleh SIRIM.
- Simpan perkakasan elektrik yang
menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari
tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
- Pastikan plug tidak dipasang pada
perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers' apabila tidak
digunakan.
- Mengadakan ruang udara yang mencukupi di
sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah
bahang panas yang berlebihan.
PENDAWAIAN/PENYAMBUNG
- Gunakan pendawaian mengikut kadarnya.
- Gantikan pendawaian yang rosak.
- Pastikaan sambungan tidak menghalang
laluan atau disorok di bawah karpet.
- Gunakan penyambung yang diluluskan
oleh SIRIM
ü Sentiasa memberi perhatian yang
munasabah kepada keselamatan diri sendiri dan rakan sekerja.
ü Sentiasa bekerjasama dengan penyelia
dan pengurus anda dalam aspek keselamatan.
ü Sentiasa menggunakan peralatan dengan
cara yang betul dan selamat dan pastikan anda tidak mengusik/menganggu
peralatan keselamatan (alat pengesan gas, kon dan sebagainya).
ü Sentiasa periksa peralatan sebelum
memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
ü Jangan menggunakan mesin, peralatan
atau bahan kimia kecuali anda telah dilatih menggunakannya dengan betul dan
selamat. Sentiasa rujuk kepada penyelia ada sekiranya ada merasa ragu-ragu
tentang penggunaannya.
ü Sentiasa meneliti arahan yang
terdapat di pelekat bahan kimia untuk memastikan apakah langkah-langkah keselamatan
yang perlu diikuti semasa penggunaan bahan tersebut. Contohnya cara
perlindungan dan pengudaraan, rujuk kepada Data Keselamatan Bahan Kimia (MSDS)
sekiranya timbul keraguan
ü Sentiasa memakai Peralatan
Perlindungan Diri (PPD) yang dibekalkan semasa anda menjalankan tugas
berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.
ü Pastikan kawasan kerja anda bersih,
kemas dan tersusun serta bebas dari bahaya tersadung dan kelicinan dengan
mengekalkan kekemasan di tempat kerja. Semua barangan hendaklah disusun di
tempatnya. Bersihkan tumpahan, jika berlaku, dengan segera.
ü Sentiasa mengangkut, mengangkut,
meletak, menarik dan menolak dengan cara yang selamat mengikut panduan dan tata
amalan di dalam manual keselamatan. Jangan memaksa diri dan dapatkan
pertolongan sekiranya perlu.
ü Gunakan pisau secara betul dan
selamat. Jangan tinggalkan pisau merata-rata jika tidak digunakan, letak di
tempat yang selamat.
ü Berhati-hati mengendalikan peralatan
elektrik. Jangan sesekali membuat kerja-kerja elektrik kecuali anda telah
dilatih berbuat demikian. Elektrik boleh membunuh.
ü Pandu kenderaan dengan cermat di
tempat kerja terutama apabila masuk dan keluar dari tempat tersebut. Jangan
sesekali memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sentiasa mengambil kira
keselamatan pejalan kaki dan juga kenderaan lain.
ü Elakkan bahaya dengan menjaga
keselamatan diri semasa bertugas. Apabila bertugas berhampiran kenderaan dan
mesin bergerak, jangan sesekali menyalahgunakan keberanian, ia boleh
menyebabkan kehilangan nyawa.
ü Jangan sesekali menganggu mereka yang
sedang memberi tumpuan kepada kerja. Tunggu sehingga waktu yang sesuai dan
selamat untuk mereka memberi perhatian kepada anda.
ü Jangan datang ke tempat kerja
sekiranya anda dipengaruhi oleh kesan dadah. Maklumkan kepada penyelia anda
sekiranya ada masih berada di bawah pengawasan doktor.
ü Jangan berlari di tapak kerja atau di
tempat kerja. Berjalanlah dengan pantas bila perlu. Berjalan dengan perlahan di
permukaan lantai yang licin. Sentiasa melihat ke hadapan dan pastikan arah tuju
anda.
ü Sentiasa berwaspada terhadap apa-apa
sahaja yang boleh menyebabkan kemalangan. Laporkan tentang bahaya, kerosakan
atau kemalangan dengan segera kepada penyelia anda.
ü Jangan melibatkan diri dengan gurauan
kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk. Apa yang dianggap sebagai gurauan
kadangkala boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.
KESELAMATAN
MEKANIKAL
JENIS BAHAYA
ü Keadaan tempat kerja yang licin dan
berminyak.
ü Keadaan peralatan mesin yang tidak
baik.
FAKTOR
FAKTOR PERSEKITARAN
ü Masalah susun atur peralatan-peralatan
yang tidak kemas dan sistematik.
ü Sistem pencahayan dan ventilasi yang
kurang sesuai dengan suasana persekitaran kerja akan membawa pada masalah
penglihatan dan pernafasan.
ü Penggunaan dan pendedahan pada
bahan-bahan berbahaya.
FAKTOR PERALATAN MESIN
ü Penggunaan dan pengendalian mesin peralatan
mesin dengan cara yang tidak selamat dan sesuai.
ü Keadaan mesin itu sendiri yang tidak
mempunyai kelengkapan keselamatan yang mencukupi seperti alat pelindung
keselamatan dan suis saling mengunci.
ü Peralatan dan mesin yang tidak
diselenggarakan dan dijaga mengikut keperluannya.
FAKTOR KELALAIAN
MANUSIA
ü Para pengguna yang tidak mendapat
maklumat dan latihan yang mencukupi.
ü Mengingkari arahan yang diberikan.
ü Tidak mementingkan aspek keselamatan
seperti topi keselamatan atau google.
ü Menyalahgunakan Peralatan mesin.
KESAN-KESAN
Kesan serta-merta:
ü Terbakar
ü Cedera
ü Pengsan
Kesan jangka masa panjang:
ü Hilang pendengaran akibat bunyi
bising.
ü Penyakit paru-paru.
ü Kegagalan fungsi buah pinggang.
ü Penyakit saraf.
ü Kanser.
ü Maut.