Thursday 6 October 2011

KESELAMATAN ELEKTRIK DAN MEKANIKAL


Keselamatan

Keselamatan amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua pekerja bagi mengelakkan berlakunya sesuatu kejadian yang tidak diingini daripada berlaku. Justeru, setiap pekerja haruslah mematuhi serta mengamalkan aspek keselamatan dalam melakukan sesuatu perkerjaan. 




KESELAMATAN BARANGAN ELEKTRIK
  • Lampu hendaklah ditempatkan di permukaan yang jauh dari apa-apa bahan yang boleh terbakar.
  • Gunakan mentol yang sepadan dengan watt lampu
  • Gunakan pelindung untuk melindungi mentol daripada pecah sekiranya lampu terkena hentaman yang kuat.
KUASA ELEKTRIK DI LUAR RUMAH
  • Alatan elektrik yang dipasang di luar rumah seperti di anjung hendaklah kalis cuaca.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu neon atau lampu "kelip-kelip".
  • Jangan gunakan perkakasan elektrik di luar rumah ketika permukaan tanah dalam keadaan basah melainkan peralatan tersebut telah lulus ujian dan boleh digunakan.
  • Jangan gunakan penyambung pendawaian untuk lampu luar.
KABEL ELEKTRIK
  • Jangan menyentuh kabel kuasa - anda mungkin akan terkena renjatan dan terbakar teruk.
  • Simpan tangga (terutama tangga besi) jauh dari kabel kuasa.
  • Laporkan kerosakan kabel kuasa dan tandakan kawasan berkenaan bagi memberi amaran kepada orang ramai yang menghampirinya.
TANDA AMARAN
Kenalpasti masalah-masalah elektrik yang wujud sebelum terjadinya renjatan dan kebakaran. Perhatikan perkara-perkara berikut :-
  • Masalah berulang seperti flus terputus atau bekalan terputus.
  • Terdapat kejutan karan apabila anda menyentuh perkakasan elektrik.
  • Berbau getah terbakar yang datang dari perkakasan elektrik.
  • Lampu berkelip-kelip. Jangan tunggu sehingga masalah menjadi besar. Hubungi pihak berkuasa Tenaga Nasional Berhad atau juruteknik yang berkelayakan.
STATISTIK RENJATAN ELEKTRIK
  • Setiap tahun renjatan elektrik dan kebakaran menyebabkan beratus-ratus orang mati dan beribu-ribu mengalami kecederaan. Beberapa asas keselamatan eiektrik dapat mengurangkan risiko kepada anda.
KEROSAKAN FlUS DAN LITAR
  • Jika fius terbakar atau berlaku kerosakan pendawaian yang menyebabkan bekalan terputus, jangan kembalikan ke kedudukan asal. Kenalpasti punca-punca yang menyebabkan keadaan tersebut berlaku dan atasi masalah tersebut.
  • Setiap fius di rumah anda mestilah mempunyai ukuran dari segi kemampuan menampung beban elektrik. Apabila anda menukar fius pastikan ianya mampu menampung kemampuan litar.
  • Seterika dan lain-lain peralatan pemanas menggunakan arus elektrik yang banyak. Jangan gunakan plug lebih dari satu di soket atau litar yang sama.
PEMUTUS LITAR (ELCB)
  • Pemutus Litar Bocor ke Bumi boleh mengurangkan risiko renjatan apabila berlaku kerosakan litar dan peralatan elektrik dengan bertindak lebih pantas berbanding pemutus fius biasa. ELCB tidak mahal dan mesti dipasang di setiap rumah anda. Ujian bulanan hendaklah dibuat dengan menekan 'butang ujian'.
SOKET ELEKTRIK
  • Soket elektrik tiga cabang adalah diterima dengan satu cabang lebih besar dari yang lain.
  • Pastikan plug anda sesuai dengan soket elektrik.
  • Sekiranya terdapat anak kecil di rumah anda letakkan di rumah anda letakkan penutup plastik keselamatan di soket yang digunakan.
PERKAKASAN ELEKTRIK
  • Perkakasan yang dibeli hendaklah mempunyai label yang menunjukkan barangan tersebut telah diluluskan semasa ujian oleh SIRIM.
  • Simpan perkakasan elektrik yang menghasilkan kepanasan seperti seterika sekurang-kurangnya 1 meter dari tirai, perabot dan apa-apa peralatan yang mudah terbakar.
  • Pastikan plug tidak dipasang pada perkakasan kecil seperti 'toaster', 'coffeemakers' apabila tidak digunakan.
  • Mengadakan ruang udara yang mencukupi di sekitar komponen elektrik seperti komputer, stereo system untuk mencegah bahang panas yang berlebihan.
PENDAWAIAN/PENYAMBUNG
  • Gunakan pendawaian mengikut kadarnya.
  • Gantikan pendawaian yang rosak.
  • Pastikaan sambungan tidak menghalang laluan atau disorok di bawah karpet.
  • Gunakan penyambung yang diluluskan oleh  SIRIM



ü  Sentiasa memberi perhatian yang munasabah kepada keselamatan diri sendiri dan rakan sekerja.
ü  Sentiasa bekerjasama dengan penyelia dan pengurus anda dalam aspek keselamatan.
ü  Sentiasa menggunakan peralatan dengan cara yang betul dan selamat dan pastikan anda tidak mengusik/menganggu peralatan keselamatan (alat pengesan gas, kon dan sebagainya).
ü  Sentiasa periksa peralatan sebelum memulakan kerja dan simpan di tempat yang selamat selepas digunakan.
ü  Jangan menggunakan mesin, peralatan atau bahan kimia kecuali anda telah dilatih menggunakannya dengan betul dan selamat. Sentiasa rujuk kepada penyelia ada sekiranya ada merasa ragu-ragu tentang penggunaannya.
ü  Sentiasa meneliti arahan yang terdapat di pelekat bahan kimia untuk memastikan apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diikuti semasa penggunaan bahan tersebut. Contohnya cara perlindungan dan pengudaraan, rujuk kepada Data Keselamatan Bahan Kimia (MSDS) sekiranya timbul keraguan
ü  Sentiasa memakai Peralatan Perlindungan Diri (PPD) yang dibekalkan semasa anda menjalankan tugas berdasarkan peraturan yang telah ditetapkan.
ü  Pastikan kawasan kerja anda bersih, kemas dan tersusun serta bebas dari bahaya tersadung dan kelicinan dengan mengekalkan kekemasan di tempat kerja. Semua barangan hendaklah disusun di tempatnya. Bersihkan tumpahan, jika berlaku, dengan segera.
ü  Sentiasa mengangkut, mengangkut, meletak, menarik dan menolak dengan cara yang selamat mengikut panduan dan tata amalan di dalam manual keselamatan. Jangan memaksa diri dan dapatkan pertolongan sekiranya perlu.
ü  Gunakan pisau secara betul dan selamat. Jangan tinggalkan pisau merata-rata jika tidak digunakan, letak di tempat yang selamat.
ü  Berhati-hati mengendalikan peralatan elektrik. Jangan sesekali membuat kerja-kerja elektrik kecuali anda telah dilatih berbuat demikian. Elektrik boleh membunuh.
ü  Pandu kenderaan dengan cermat di tempat kerja terutama apabila masuk dan keluar dari tempat tersebut. Jangan sesekali memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Sentiasa mengambil kira keselamatan pejalan kaki dan juga kenderaan lain.
ü  Elakkan bahaya dengan menjaga keselamatan diri semasa bertugas. Apabila bertugas berhampiran kenderaan dan mesin bergerak, jangan sesekali menyalahgunakan keberanian, ia boleh menyebabkan kehilangan nyawa.
ü  Jangan sesekali menganggu mereka yang sedang memberi tumpuan kepada kerja. Tunggu sehingga waktu yang sesuai dan selamat untuk mereka memberi perhatian kepada anda.
ü  Jangan datang ke tempat kerja sekiranya anda dipengaruhi oleh kesan dadah. Maklumkan kepada penyelia anda sekiranya ada masih berada di bawah pengawasan doktor.
ü  Jangan berlari di tapak kerja atau di tempat kerja. Berjalanlah dengan pantas bila perlu. Berjalan dengan perlahan di permukaan lantai yang licin. Sentiasa melihat ke hadapan dan pastikan arah tuju anda.
ü  Sentiasa berwaspada terhadap apa-apa sahaja yang boleh menyebabkan kemalangan. Laporkan tentang bahaya, kerosakan atau kemalangan dengan segera kepada penyelia anda.
ü  Jangan melibatkan diri dengan gurauan kasar dan salah laku dalam apa jua bentuk. Apa yang dianggap sebagai gurauan kadangkala boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.





KESELAMATAN MEKANIKAL

JENIS BAHAYA
ü  Keadaan tempat kerja yang licin dan berminyak.
ü  Keadaan peralatan mesin yang tidak baik.

FAKTOR

FAKTOR PERSEKITARAN
ü  Masalah susun atur peralatan-peralatan yang tidak kemas dan sistematik.
ü  Sistem pencahayan dan ventilasi yang kurang sesuai dengan suasana persekitaran kerja akan membawa pada masalah penglihatan dan pernafasan.
ü  Penggunaan dan pendedahan pada bahan-bahan berbahaya.

FAKTOR PERALATAN MESIN
ü  Penggunaan dan pengendalian mesin peralatan mesin dengan cara yang tidak selamat dan sesuai.
ü  Keadaan mesin itu sendiri yang tidak mempunyai kelengkapan keselamatan yang mencukupi seperti alat pelindung keselamatan dan suis saling mengunci.
ü  Peralatan dan mesin yang tidak diselenggarakan dan dijaga mengikut keperluannya.

FAKTOR KELALAIAN MANUSIA
ü  Para pengguna yang tidak mendapat maklumat dan latihan yang mencukupi.
ü  Mengingkari arahan yang diberikan.
ü  Tidak mementingkan aspek keselamatan seperti topi keselamatan atau google.
ü  Menyalahgunakan Peralatan mesin.

       KESAN-KESAN

               Kesan serta-merta:
ü  Terbakar
ü  Cedera
ü  Pengsan

Kesan jangka masa panjang:

ü  Hilang pendengaran akibat bunyi bising.
ü  Penyakit paru-paru.
ü  Kegagalan fungsi buah pinggang.
ü  Penyakit saraf.
ü  Kanser.
ü  Maut.


 








No comments:

Post a Comment